Jumaat, 16 Oktober 2009

HarGaI aNuGeRaH CiNta....

...ngah aku duk2 sorang di tepi tingkap merenung bulan yg xbpe nk senyum ngn aku n mengira bintang2 yg tak trbilang olehku,di mlm yg ditemni kicauan brung tekukur yg sdng brtnggek d phon yg rendang d tepi tngkapku...(damn!!ak dh stat melalut?!!huh!!)...hehe..time ak ngah borink2 td n lpas bsuh bju yg dh x smggu xbsuh (2 baldi tuh,pnat huh?!),ak search ler kt google n trjumpe ler text yg best nih...sjer jer nk kongsi ngn korunk2 sume, smoga korunk njoy bce...:)



Bayangkan anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda,
tentu menyakitkan. Tetapi anda lebih kecewa apabila anda mencintai seseorang
tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang anda rasakan.
Percaya atau tidak,anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang,sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cinta.
Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita dipertemukan dengan seseorang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.
Hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila ketika bertemu dengan seseorang yang sangat bererti buat kita, tetapi akhirnya terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka
Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita. Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka mencintai anda. Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah cinta itu berputik dalam hatinya.
Ada hal yang anda sangat ingin dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.
Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. jangan melihat kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang bisa membuat dirimu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah
Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda ingin terus mencuba.Jangan pernah menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.
p/s dr penaja...berjuanglah dlm mndaptkan cinta sejati n selamt hr deepavali pda sume (ad
kaitan ke?..he2,lantak ler..)

0 ulasan: